FORM ORDER

Name:
Email Address:
PHONE :
NOTE/REMARKS/FEEDBACK (IF ANY):
HOW DID YOU FIND US?

Put a website form like this on your site.

Monday, March 28, 2011

Salam
sekarang buku buku Rosita Jaafar boleh ditempah melalui blog ini atau http://www.cemarabiru.com
dapatkan segera

emelkan judul buku dan jumlah pesanan kepada rlina_g@yahoo.com

tq :)




harga rm45
BUKU SULAMAN GLAMOUR 3D


terbaru!!! buah tangan dari RJ untuk semua penggemar sulaman manik & labuci,jom terokai alam jahitan manik yang baru dan terkini... :)

SULAMAN MANIK DAN BENANG - DVD





Cara paling mudah untuk mempelajari asas sulaman manik & labuci serta jahitan benang

Harga - RM99 - mengandungi :
1. 22 teknik jahitan asas sulaman manik
2. 10 teknik jahitan benang
3. Keterangan mengenai gabungan warna
4. Keterangan teknik melakar corak
5. Teknik asas Bunga-Bunga manik
6. Teknik menggunak Rhinestone
7. Keterangan peralatan

Setiap pembelian anda akan didermakan sebanyak RM1 kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan mualaf.

dapatkan sekarang!!!! pilih masa anda sendiri untuk mendalami ilmu sulaman manik & benang dari pakar... :)

VARIASI SENI JAHITAN





Price : RM 21.00


Bahasa Malaysia

VARIASI SENI JAHITAN


Sinopsis Buku

Buku keluaran pertama ini memaparkan keseluruhan konsep fesyen yang harus diketahui umum bagi mendorong anda menjadi mahir dalam bidang fesyen. Gabungan Imej Personaliti, Melukis Pola, Memotong dan Menjahit, Jahitan Sulaman Manik Labuci dan Benang.

Pemilihan fesyen dalam berpakaian boleh mempengaruhi penampilan dan citra seseorang wanita. Biar apa jua rekaan, sama ada moden atau traditional, yang penting setiap wanita ingin tampil anggun mempersona. Namun begitu, memilih rekaan yang berpadanan dengan diri ada kalanya memeningkan. Ada masanya baju cantik, rekaan menarik tetapi tidak sesuai dengan potongan badan. Kadangkala, semuanya sudah sepadan, tetapi harga pula menjadi halangan.

Dilengkapi dengan panduan membentuk imej diri agar penampilan lebih menarik dan bergaya.
• Kaedah melukis pola, memotong fabric dan menjahit pola rekaan fesyen. Pelajari 33 jenis rekaan fesyen kasual, pejabat, kontemporari, tradisional, majlis dan pengantin.
• Panduan menjahit sulaman, ros satin, manik dan labuci bagi menyerikan rekaan fesyen.
• Kaedah asas menjahit kemasan kelim tepi.
• Dapat menjimatkan kos menempah malah kemahiran yang dipelajari boleh dipratikkan sebagai sumber pendapatan.
• Kaedah asas menjahit kemasan kelim tepi.
• Dapat menjimatkan kos menempah malah kemahiran yang dipelajari boleh dipraktikkan sebagai sumber pendapatan.
• Kehalusan seni jahitan sebenarnya begitu mnenyeronokkan untuk dibuat sendiri.



PAKAIAN TRADISI MELAYU





Price : RM 44.00

This book is in dual language:
Bahasa Malaysia
PAKAIAN TRADISI MELAYU

English
SEWING TECHNIQUE MALAY TRADITIONAL ATTIRE

Sinopsis Buku

Buku ini diterbitkan dalam dwi bahasa, Bahasa Malaysia & English. Memaparkan cara-cara melukis pola, memotong dan menjahit dengan terperinci.

Jenis-jenis fesyen yang ditunjukkan di dalam buku ini termasuk fesyen untuk kaum lelaki dan wanita. Di antaranya adalah Baju Kurung Pesak Buluh, Baju Kurung Pesak Gantung, Baju Kebaya, Baju Kota Bahru, Baju Kurung Moden dan Baju Melayu Lelaki.

……………………………………..

Tentang Produk

Penerbit : FTIM Designing Centre

Tahun Terbit : 2009

Bahasa : Bahasa Melayu / English

ISBN : 978-983-43562-3-5

Harga : RM 44.00

Berat : 500 gms

VARIASI TEKNIK MENJAHIT - fesyen





Price : RM 21.00

Bahasa Malaysia

VARIASI TEKNIK MENJAHIT - fesyen

Sinopsis Buku

Buku ini amat mudah difahami serta cukup lengkap dengan gambar-gambar cara-cara memotong dan menjahit. Anda tidak akan merasa rugi dengan membeli buku ini. Mudah diikuti satu persatu bagaimana cantuman keratan fabrik dipotong dan dijahit.Contoh cantuman jahitan pakaian dari Skirt, Blaus berkolar Hawaii, Balus Ala-Korea, Baju Kurung hingga Baju Kebaya dan banyak lagi.Gubahan manik labuci di atas T-Shirt untuk remaja. Cukup dengan contoh lakaran bunga dan huruf abjad.Contoh jahitan butang beranika cara bagi memperindahkan setiap blaus dan jaket.

Buku Fesyen Wanita ini dapat menjimatkan wang bagi surirumah yang tidak kesempatan menghadiri kelas-kelas jahitan kerana kesibukan tugas harian.


……………………………..

Tentang Produk

Penerbit : Alaf 21 Publications Sdn Bhd

Tahun Terbit : 2006

Bahasa : Bahasa Melayu

ISBN : 983-124-251-3

Harga : RM 21.00

TEKNIK MELAKAR CORAK SULAMAN MANIK




Price : RM 44.00

This book is in dual language:
Bahasa Malaysia
TEKNIK MELAKAR CORAK SULAMAN MANIK

English
EMBROIDERY DESIGNING TECHNIQUES (BEADS, SEQUINS, CRYSTALS, THREAD)

Sinopsis Buku

Tarikh terbitan: 1 August 2009

Buku ini diterbitkan dalam dwi bahasa, Bahasa Malaysia & English. Menunjukkan cara-cara melakar corak bunga-bungaan, dedaunan serta grafik. Cara pemilihan warna fabrik dan manik labuci. Mengenali erti carta warna secara asas agar sulaman anda dapat diserikan dengan padanan pilihan warna manik yang sesuai.

40 contoh lakaran dari koleksi Busana peserta Pertandingan Sulaman Manik Kristal 2009, yang boleh jadikan sebagai idea sulaman anda untuk Hari Raya nanti. Bagi anda yang buntu dengan corak rekaan dan masih keliru dengan cara mencorakkan lakaran sulaman atas Baju Kurung Tradisi, pastikan anda mempunyai senaskah buku ini.

Buku ini akan diedarkan pada 4 Ogos 2009 sempena Hari Raya Aidil Fitri. Tempahan awal sementara stok masih ada.

……………………………..

Tentang Produk

Penerbit : FTIM Designing Centre

Tahun Terbit : 2009

Bahasa : Bahasa Melayu / English

ISBN : 978-983-43582-4-2

Harga : RM 44.00

Berat : 500 gms

BUKU - TEKNIK MENJAHIT PAKAIAN KANAK-KANAK





Price : RM 39.90


Bahasa Malaysia

TEKNIK MENJAHIT PAKAIAN KANAK-KANAK

Sinopsis Buku

Teknik Menjahit Pakaian Kanak-Kanak : Published By FTIM Designing Centre – 15 March 2008. Showing you how to do the best way of drafting method.

Layout is important as well which its save for material usage. Steps by steps, showing you how to sew and olve the complecated subjects.



……………………………………..

Tentang Produk

Penerbit : FTIM Designing Centre

Tahun Terbit : 2008

Bahasa : Bahasa Melayu

ISBN : 978-983-43582-1-1

Harga : RM 39.90

Berat : 500 gms

BUKU - SENI JAHITAN PAKAIAN PENGANTIN TRADISI & BARAT



Price : RM 59.00

Bahasa Malaysia
SENI JAHITAN PAKAIAN PENGANTIN TRADISI & BARAT


Sinopsis Buku

Buku ini memaparkan lebih daripada 70 jenis rekaan. Cara melakarkan pola asas dengan tepat menikut ukuran individu. Cara asas yang membawa penggemar fesyen memahami dari peringkat awal.

Cara mencantumkan kebaya, baju kurung serta korset yang menjadi idaman setiap penggemar fesyen. Buku ini dapat menjadi panduan utama kerana ia mudah difahami berbantukan gambar dan rajah.

Buku ini dimantapkan lagi dengan rekaan dan lakaran sempurna pakaian petang sesuai dengan majlis formal atau koktail, majlis pembukaan rasmi produk berjenama, majlis perkahwinan atau majlis ulang tahun syarikat.

Buku ini juga memuatkan rekaan-rekaan tradisi, klasik moden, pakaian petang serta pakaian pengantin barat dan tradisi.




……………………………..

Tentang Produk

Penerbit : Utusan Publications (M) Sdn Bhd

Tahun Terbit : 2004

Bahasa : Bahasa Melayu

ISBN : 967-61-1588-6

Harga : RM 59.90

Berat : 1.6 kgs

BUKU - SENI JAHITAN PAKAIAN KANAK-KANAK




Price : RM 48.50

Bahasa Malaysia
SENI JAHITAN PAKAIAN KANAK-KANAK


Sinopsis Buku

Buku ini menyediakan panduan asas membuat pelan, mengunting dan menjahit pakaian
• Memaparkan koleksi pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan yang beraneka fesyen.
• Pelan baju yang mudah diikuti dan dilakar dari umur 2 hingga 7 tahun.
• Gabungan warna dan corak sesuai untuk ke majlis hari jadi dan pakaian harian di rumah.


…………………………………..

Tentang Produk

Penerbit : Utusan Publications (M) Sdn Bhd

Tahun Terbit : 2006

Bahasa : Bahasa Melayu

ISBN : 978 9676 120618

Harga : RM 48.50

Berat : 800 gms

BUKU - SULAMAN BENANG DAN MANIK LABUCI


Price : RM 60.00


Bahasa Malaysia
SULAMAN BENANG & MANIK LABUCI

Sinopsis Buku

Terdapat 300 jenis jahitan sulaman benang, manik serta labuci dalam buku ini. Mengandungi pelbagai panduan dari peringkat asas jahitan sulaman hingga ke kompleks. Buku ini memaparkan kreativiti idea yang unik, menarik, klasik, moden serta kontemporari. Ditunjukkan cara sulaman daripada lakaran bunga-bungaan, dedaunan dan corak grafik tradisi hingga ke peringkat mencantumkan rekaan sulaman, khusus untuk menghasilkan keunikan. Setiap contoh sulaman dapat memberi idea sebelum mereka pakaian, alas meja, sarung kusyen, alas pinggan, set alas katil atau hiasan. Disertakan gambar foto dan ilustrasi untuk memudahkan pemahaman para pembaca.




…………………………………..

Tentang Produk

Penerbit : Utusan Publications (M) Sdn Bhd

Tahun Terbit : 2002

Bahasa : Bahasa Melayu

ISBN : 967-61-1574-6

Harga : RM 60.00

Berat : 1.45 kgs


BUKU - SULAMAN MANIK DAN LABUCI



Price : RM 39.90

This book is in dual language:
Bahasa Malaysia
SULAMAN MANIK DAN LABUCI

English
BEADS & SEQUINS EMBROIDERY

Sinopsis Buku

MANIK dan LABUCI yang anggun memberikan satu keunikan kepada peminat-peminat fesyen. Kemahiran menghiasi manik dan labuci dengan corak flora dan fauna tropika Asia menonjolkan konsep etnik, grafik dan tradisi imiginasi kreatif. Pasti ianya menambah keserian kilauan kepada pakaian anda.
Gabungan manik dan labuci dan mutiara menghasilkan rekaan unggul. Buku ini memaparkan lebih 35 teknik dan 70 rekaan baru secara intensif yang boleh anda pelajari dalam sulaman manik dan labuci.

THE SENSUAL beads and sequins gives a unique fashionable fans. Skilfuly decorated in flora and fauna of Asia, the beaded and sequined dressed reveal ethnic, graphic and traditional flavour from various imagination. Definitely adds sparkle and glimmer to all your wears. Designs your favourite garment with intricate embroidery in floral and fauna design, geomatric of abstract pattern in fasinating colours. Embellished them beads, sequins and pearls to get a unique result of your designs. This book shows you more than 36 techniques and 70 new designs that you can learn intensively in beads embroidery.

……………………………..

Tentang Produk

Penerbit : FTIM Designing Centre

Tahun Terbit : 2007

Bahasa : Bahasa Melayu / English

ISBN : 978-983-43582-0-4

Harga : RM 39.90

Berat : 500 gms

BUKU - SULAMAN MANIK, KRISTAL DAN BENANG





Price : RM 39.90

This book is in dual language:
Bahasa Malaysia
SULAMAN MANIK, KRISTAL DAN BENANG

English
BEADS, CRYSTAL AND THREAD EMBROIDERY


Sinopsis Buku

Buku ini memaparkan bagaimana kombinasi teknik sulaman dapat memperindahkan lagi rekaan anda. Antara teknik-teknik yang ditunjukkan termasuk teknik sulaman benang halus yang telah ditinggalkan di negara ini, teknik peyote menggunakan dua jarum dan penggunaan kristal sebagai penyeri kepada kilauan sulaman manik.

……………………………..

Tentang Produk

Penerbit : FTIM Designing Centre

Tahun Terbit : 2008

Bahasa : Bahasa Melayu / English

ISBN : 978-983-43562-2-8

Harga : RM 39.90

Berat : 500 gms

BUKU - NYONYA KERAWANG EMBROIDERY TECHNIQUES





Price : RM 44.00

This book is in dual language:
Bahasa Malaysia
TEkNIK SULAMAN NYONYA KERAWANG
English
NYONYA KERAWANG EMBROIDERY TECHNIQUES



Sinopsis Buku

Buku ini diterbitkan dalam dwi bahasa, Bahasa Malaysia & English.

Bunga-Bunga Manik adalah sebahagian dari bidang kreatif yang patut kita semua ceburi. Hiasan pada hadiah hantaran, bunga pahar dan telur digantikan dengan pelbagai jenis dari nama-nama bunga di seluruh dunia.
Kepada anda yang menggemari manik, mutiara dan kristal, buku ini dapat membantu anda ke arah memperkembangkan kreativiti anda agar pengetahuan dalam dunia manik lebih mendalam.

Lengkap dengan teknik ikatan, simpulan dan cara menyatukan kelopak-kelopak bunga serta dedaunan dari ribuan warna telah menghasilkan kuntuman bunga yang menyegarkan suasana majlis dan ruang tamu.

Buku yang pertama kalinya ditulis dan diilhamkan sendiri oleh penulis memberi peluang dan pembuka tirai kepada sesiapa saja yang berminat untuk terus mencuba era kreatif terbaru di Malaysia.

Beaded Flowers is one creative scope that should be explored. Decorative flowers especially for Malay wedding gifts presentation (also known as ‘Hantaran’), ‘bunga pahar’ and ‘bunga telur’ now comes in various types of flowers.

To those of you who are into beads, pearls and crystals, this book can guide you into a more in-depth knowledge in further developing your creativity.

You will find a complete guide on techniques to tie, making knots and putting flower petals as well as leaves of various colours together, to give you a finished product in a form of a beautiful flower which you can use to enhance the looks of your events and living area.

This may be the first book of its kind written in Malaysia which was inspired by the writer to make way for a new kind of handicraft innovation for all to try out and enjoy.



………………..

Tentang Produk

Penerbit : FTIM Designing Centre

Tahun Terbit : April 2010

Bahasa : Bahasa Melayu / English

ISBN : 978-983-43582-6-6

Harga : RM 44.00

Berat : 500 gms